Cik Umi

Thursday, January 02, 2020

Pencapaian 2019

Impian tahun lepas. Di penghujung 2019, Cik Umi tekad nak ada saving RM5000 dalam akaun. Ternyata Cik Umi dapat tengok jumlah tu sekarang dalam akaun. Malah lebih. 😍

Camana Cik Umi buat?

Founder ajar. Leader ajar. Cik Umi follow.

👉JAGA CASH FLOW 👈

Aliran masuk dan keluar Cik Umi mula amik tahu. Buat list. Cik Umi akan make sure. Duit keluar tak melebihi sepatutnya yang Cik Umi boleh belanja.

CONTOH

Haritu ada jualan 8 unit WD
4 orang customer dari semenanjung

Sales = RM80 (harga promosi) x 8 = RM640

20% sales wajib simpan = RM128
Postage = RM7.90 x 4 = RM31.60
Gift = RM2.50 x 4 = RM10
Modal WD 8 unit = RM400
Minyak kereta = RM10

Baki boleh belanja = RM60.40

So Cik Umi make sure haritu takkan boleh belanja LEBIH DARI RM60.40

Dengan duit tu beli lauk. Beli jajan anak 2 ketoi tu. Rasa lebih dari cukup. Kalau tak cukup sila lah usaha lebih. Jual 10 unit WD ka. 15 unit WD ka. Boleh la belanja lebih.

Aaagituw.

Harap dapat sesuatu dari perkongsian Cik Umi ni😊

#CikUmiKongsiTips



Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah. Happy shopping with Umie Shawlerz

 

All right reserved for Cik Umi