Cik Umi

Thursday, September 14, 2017

Daging Masak Kicap Berlada Hitam By Cik Umi

Malam ni terthrowback. Sambil menunggu suami tersayang balik keja kan. Jadilah ayam kicap berlada hitam. Suka suki ja cik umi letak nama. Janji rasanya sedap alhamdulillah. Daging korban last mak cik umi bagi ni. Korang masih ada ka daging korban? 😅



Resepi cik umi mudah dan ringkas. Tak yah pening kepala. Meh kita tengok.

500g Daging
1 biji bawang besar potong
5 ulas bawang putih dimayang @ ditumbuk
5 sudu besar minyak masak
Sekerat lobak merah potong
3 biji Cabai melaka dibelah dua
1 biji Cabai besar dihiris
2 batang Serai diketuk
Lada hitam
2 sudu besar Sos tiram maggi
2 sudu Sos cili mudim
Sesedap rasa Kicap mudim

Cara masak mudah jer:

1. Rebus daging sampai empuk. Sampai kering air.

2. Masukkan minyak. Kacau seketika.

3. Masukkan bawang putih, serai, cabai melaka. Kacau 3 minit. Pastu masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Kicap tu masukkan sampai nampak hitam sikit kuahnya

4. Biarkan didih dulu kejap. Then masukkan lobak merah. Boleh tambah sedikit air kalau tak mau pekat sangat.

5. Masukkan gula,garam dan cukup rasa. Perasakan bagi seimbang.

6. Masukkan bawang besar dan cabai besar. Last boleh tutup api bila lobak merah dah lembut.

Selamat mencuba. Sedap makan ngan nasi panas panas uii. Terangkat!

Kejadian ni banyak carrot dan bawang sikit sebab anak cik umi tu suka sangat dua benda alah ni. 😂




Resepi Ayam KFC Homemade By Cik Umi

Encik Somi merap nak ayam kepci. Nak saving punya pasal. Buat sendiri lebih puas hati. Banyak boleh makan kan. Serius resepi ni sebijik macam KEPCI

Rangup 😍

***********
Resepi ayam KEPCI sedap, spicy dan rangup. Kalau buat untuk suami konfem repeat order lagi 😂

Okay. Cik Umi bagi resepi ni untuk seekor ayam ya.

Ayam potong 10 ja kalau nak fefeeling ayam KFC bebetul.

Bahan A ( perap dengan ayam selama sejam or lebih. Terpulang pada korang ya )

1. Bawang putih 8 ulas (tumbuk/mesin)

2. 3 sudu serbuk cili baba's (ni pon dah spicy. Kalau nak lebih spicy tambah la lagi 2 sudu.

3. 2 sudu serbuk kari daging babas

4. 2 sudu teh garam

5. Secubit soda bikarbonat

6. Perasakan dengan cukup rasa maggi. Agak agak rasa sedap. Cun.


Bahan B
Sebiji telur dipecahkan.

Bahan C ( selepas sejam perap ayam. Guna bahan ni golekkan ayam dan goreng )

1. 3 cawan tepung jagung

2. 1/2 cawan tepung gandum

3. Secubit soda bikarbonat

4. 1 sudu serbuk cili babas

5. Garam secukup rasa.

Campurkan dan gaul rata Bahan B



Cara-cara :

1. Perap ayam dengan Bahan A selama sejam/lebih. Jangan berhari hari udah la ye. Simpan dalam peti.

2. Selepas sejam. Golekkan ayam yang dah diperap tadi dengan telur.

3. Dah salut cantik dengan telur tu. Golekkan dalam Bahan B.

Dah boleh goreng.  Siap!

P/s : Sebaiknya pakai periuk kecik la ya. Tak membazir minyak korang. Ayam pon tenggelam elok. Masak sekata.

Selamat mencuba sahabat Cik Umi 😊
Rajin klik share resepi ni. Sahabat lain boleh cuba jugak.


 



 

All right reserved for Cik Umi